Tuesday, June 22, 2010

..Mavi Marmara..

Assalamualaikum,,

Beberapa hari yang lepas, aku pergi ke rumah pak cik aku di Kuala Lumpur untuk melawat nenak yang jatuh sakit. Pak cik ketika itu tiada di rumah dan hanya ada nenek, pembantu rumah dan abang sepupuku iaitu abang Mahfuz.

Tatkala aku sedang berbual ilmu bersama ayah aku, abang Mahfuz menukar siaran televisyen ke Astro Awani. Terdapat berita mengenai Mavi Marmara iaitu Turki yang menjalankan misi kemanusiaan Ghaza. Kapal tersebut dinaiki oleh 12 orang Malaysia dan berpuluh-puluh orang dari negara lain membawa perbagai barangan yang akan disumbangkan kepada penduduk Ghaza. Terdapat juga beberapa kelompok agama lain terdapat di atas kapal tersebut.

Apabila kapal tersebut hampir tiba ke Ghaza, beberapa kapal Israel menyekat kapal tersebut. Bagi aku yang kali pertama melihat serangan itu tidak terperanjat kerana memang perkara itu akan berlaku kerana mustahil Israel akan memberi makanan kepada mangsanya. Tetapi, aku mela merasa ngeri tatkala salah seorang lelaki di atas kapal tersebut melaungkan 'Allahuakbar!!', menggegarkan telinga. Aku terpana.

Peluru dilepaskan dan pada masa itu, aku mula mengetahui, tiada hati di dalam badan askar Israel. Dia akan menembak sesiapa sahaja jika ia berkaitan dengan Islam. Betapa sucinya mulut seseorang(semoga Allah merahmatinya) itu mengungkap nama Allah, ditembaknya begitu sahaja??

beberapa orang juga turut ditembak dan Alhamdulillah orang Malaysia tidak ditembak.. Darah berlumuran dimana-mana sahaja. Kenapa mereka menembak orang awam seperti mereka. Opps!! mungkin itu tidak perlu dijawab lagi kerana mereka sanggup menembak dan membunuh penduduk palestine yang 100000% orang awam..

Akhirnya, satu kapal menjadi tahanan dan dibawa ke pelabuhan. Wartawan Awani disoal siasat. Soalan yang agak melucukan..

"Kenapa awak datang ke Israel??"

Aku terketawa sebentar. Israel?? lawak sungguh gurauannya. Wartawan tersebut menjawab tegas..

"Saya hendak ke Ghaza.."

Orang tersebut mengulang-ulang kembali soalan yang melucukan itu. Akhirnya wartawan tersebut menegaskan..

"Saya adalah seorang wartawan dan saya boleh membuat liputan dimana-mana sahaja yang saya hendak!!"

Akhirnya dia terlepas. Selepas itu,, Kedutaan Jordan akhirnya menyelamatkan Orang Malaysia dan Indonesia dan mereka terselamat..

Pagi ini, aku menceritakan berita tersebut dan apa yang aku dengar adalah komen yang mengatakan wartawan yang membuat liputan tersebut tampan. Aku hanya berdiam diri. Apa yang aku ingin ceritakan adalah tentang bagaimana kehidupan yang dijalankan oleh mereka disana. Dilayan bagaikan binatang oleh Israel.. Binatangpun aku percaya tidak patut dilayan begitu!!

Tidak pernahkan kawan-kawanku itu memikirkan keselamatan mereka yang tidak terselamat?? yang tidak dipanggil oleh kedutaan Jordan?? Siapakah yang akan menyeamatkan mereka??

Aku baru mengungkit tentang keselamatan orang yang baru sahaja dianiayai beberapa hari. Tidak lagi seluruh penduduk Palestine yang sudah menerima seksaan tersebut beberapa tahun..

Aku tertanya-tanya tatkala melihat orang membeli belah di mall atau tempat-tempat kecil seperti kedai-kadai runcit.

"Jika aku pergi ke Palestine, tidak akan aku nampak permandang seperti ini. Sedang kita tidur, mereka mungkin sedang meratapi kehilangan ahli keluarga, tempat tinggal atau kelaparan. Mungkin sekali sedang ditembak serta diseksa.."

Alangkah bersyukurnya aku kerana tinggal di tempat seperti Malaysia. Tetapi, alangkah sedihnya hatiku pabila memikirkan betapa merenanya saudaraku di sana..

Sesungguhnya,, Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui..
Apa yang diaturkan oleh Allah adalah yang terbaik..
Setiap yang sengsara akan mendapat kebahagiaan akhirnya..

Assalamualaikum..

Friday, June 11, 2010

..Lagu Kunoku..

Assalamualaikum,

pada malam yang sunyi lagi melegakan ini, hati aku berasa sungguh tenang. Lagu instrumental Gundam Seed yang bertajuk Anna ni issho datta no ni menjadi teman yang sangat memahami.

Sebenarnya, aku sedang mencari kembali memori lagu kuno yang dahulu aku tinggalkan. Aku rindukan lagu-lagu tersebut terutamanya lagu Naruto. Sekarang tengah belek lagu Gundam. Sebelum ni, aku dengar lagu The Law of Ueki dan Witch Hunter Robin. memang menggamit memori..

Paling segar diingatan adalah lagu Mon Colle Knight. Aku tengok cerita itu sebelum gundam kerana cerita itu keluar dulu kat TV. Time tu, kakak dan abang aku join venture sekali. Kitorang memang ikut setiap episode cerita itu..hahahaha

Nanti aku buat list lagu-lagu anime kuno aku.. :)

Saturday, June 5, 2010

..Cuci Headquarter Pusat Tuisyen Cepat Pandai..

Assalamualaikum,,

cuti akhirnya tiba untuk saya wahai encik,cik,tuan,puan,datuk,nenek sekalian. Cuti adalah satu fanomena indah kepada saya kerana ia dapat mendatangkan memori yang cukup manis lagi menggamit memori.

2 hari yang lepas, saya yang baik hati telah menolong kakak saya bersama beberapa orang rakan-rakan seperjuangannya iaitu kak Rin(Cik Sazarin PET), Ren(Tan Ying Ren) dan Azuan(a.k.a Twister) untuk mengemas serta menghias pusat tuisyen kakak aku yang akan datang. Turut serta menemani aku adalah Aima, sorang kawan yang baik.

Pertama-tamanya datang, aku disuruh pergi makan oleh kakak aku di Mara berdekatan. Best betul!! tak buat apa-apa lagi sudah di suruh makan. Selepas itu, diberinya pula RM50. Ish,ish, tergugat iman aku!!

Aku dengan Aimapun apa lagi, hentam la satu pinggan mi goreng dengan air milo. Kenyang betul.

hihihi. itu baru upah!!

setibanya kami di bangunan kakak aku, bermulalah seksaan gegile bak kata aku yang pandai. Berkotak-kotak buku kita angkat pastu bawa pergi tingkat 2. Nak tercabut pingging aku. Kotak pula bukan nak ringan, berat juga yang ada.

Selepas itu, aku dengan aima disuruh cuci lantai. Diorang dan beli Ajax Fabuloso tetepi tak nak guna. Nak Dettol juga. Satu kes pula Kitorang kena cari.

Lepas tu, Sempang buat hal, kedai dekat-dekat cuma ada dettol mandi. Punyalah jalan sampai target. Alhamdulillah beberapa kedai sebelum Target ada sebuah kedai runcit. Kitorangpun jengguklah kat dalam tu. Nasib baik ada. Akhirnya kita balik. Tapi, belum happy lagi. Kitorang kena panjat gunung. Hai, penah sungguh. Akhirnya sampai.

Kita mula la cuci lantai. Kakak aku pula sorang-sorang cuci jamban. Busuk!!

Dipendekkan cerita, semua kerja dah habis. Kita semua keluar untuk cari tikar getah. Semua kedai kita pergi, tak ada langsung yang murah. Kitorangpun pergi sampai ke air hitam dan jumpa satu kedai orang Pakistan. Akhirnya dapat beli 3 gulung karpet kelabu. Orang Parkistan yang layan kitorang tu entah kenapa senyum satu macam je dekat aku. geli a.

Akhirnya kami balik dengan happy go lucky..

Wednesday, June 2, 2010

..Tidur 4 jam?..

Assalamualaikum,,

Beberapa hari yang lepas, aku dikejutkan dengan satu soalan yang tidak pernah terfikir dalam fikiran lemahku ini.

PERLUKAH KITA IKUT KATA ORANG BARAT DENGAN TIDUR HANYA 4 JAM DAN BUKAN 8 JAM SEHARI?

Aku terfikir sejenak. Perlukah kita? Setelah memikir seberapa lama kemudian, aku mendapat satu konklusi yang aku tidak tahu akan mendapat jawapan sebegitu.

Aku campurkan ilmu agama yang telah dipelajari sejak tingkatan 1 iaitu malam diberi oleh Allah SWT untuk berehat. Bak kata orang melayu, rehat itu adalah tidur. Tetapi, jika kita gabungkan pendapat orang islam dan orang barat, Perbezaannya cumalah penggunaan 4 jam yang digunakan orang islam untuk tidur dan orang barat untuk bekerja. Pada pendapat aku , orang islam patut 4 jam untuk beribadat kepada Allah dan 4 jam tidur. Mengapa kita perlu menggunakan 4 jam tersebut untuk beribadat?

Beribadat merupakan salah satu cara untuk kita berehat dan menajamkan konsentrasi kita untuk berhadapat dengan Allah SWT. Tambahan pula, malam merupakan masa yang sunyi dan masa dimana otak kita kosong..

konklusinya, kita boleh ikut tunjuk ajar yang diberi oleh orang barat tetapi adalah lebih baik cari persepsi sendiri dalam segi Islam..

Aku tidak tahu betul atau tidak persepsi aku ini. Walaubagaimanapun, ini adalah salah satu contoh pemikiran.. :)

Assalamualaikum..

..8 hour 30 minutes left..

Assalamualaikum,,

8 setengah jam lagi dari sekarang, aku akan menghadapi satu fenomena yang mendebarkan diantara hidup dan mati..

bukan along cari aku,
bukan aku nak pergi perang,
bukan sebab curi 20sen mak aku,

tapi, MENGHADAPI KERTAS PERPERIKSAAN TERSUSAH, TERTERRIBLE, TERMENYAMPAH DAN BEBERAPA ISTILAH LAGI IAITU KERTAS ADDITIONAL MATHEMATICS..

Aku yang cool ini akan stay cool dan buat-buat tak tahu kerana aku memang cool. Kertas Add math je. Small matter..

..Satu hari lagi!!..

Aku berasa sangat ringan. Aku nak terbang. Terbang ke langit mencari bintang untuk diajak bercuti.

Satu hari lagi untuk tamat peperiksaan. Beginilah perasaan aku. Sangat tenang dan aman. Tahu atau tidak besok merupakan hari peperiksaan yang menentukan hidup dan mati aku di kelas pertama yaitu 4Ibnu Sina? Tahu atau tidak juga paper yang akan aku hadapi besok adalah paper Additional Mathematics?

Otak aku kosong. Teringin pergi ke 7eleven dan memborong sebundel lemon tea tuk menemaniku belajar. Malang sekali, kocekku terasa sungguh ringan. Entah ada atau tidak duit di dalamnya. Walaubagaimanapun, study tetap study..

Wish me luck untuk besok n lepas tu mungkin aku ajak korang pergi bercuti. Tak payah ajak bintang. Buat musnah kereta aje. Bintangkan besar tahap dewa.

Tuesday, June 1, 2010

..Cakoi oh Cakoi..

Assalamualaikum,

Cakoi merupakan salah satu makanan tradisional yang sangat mengiurkan apabila melihatnya. Tetapi bagi keluarga aku, ia salah satu kuih yang hanya terdapat tepung yang amat susah dihadamkan dan 100% kanji. Sesiapa yang memakannya memang akan dibunuh oleh minyak yang menyeliputinya yang akan menghasilkan satu ketul lemak yang entah kurun ke berapa baru akan hilang.

Aku berasa amat sedih kerana aku adalah salah satu mangsa cakoi yang sekarang tengah mengidam makanan tradisional tersebut. Tadi aku mengajak ibu aku pergi membeli cakoi. Tapi malang sekali, ibu aku banyak kerja. So, hancus harapan..

Sekarang ini, aku sedang mencari resepi kuih tersebut dan akan mengguna tangan aku sendiri untuk membuatnya. Doakan aku berjaya