Friday, December 30, 2011

cinnamon rolls..

Cinnamon rolls..

apa itu cinnamon rolls??

ia adalah sejenis tayar yang berwarna coklat seperti warna cinnamon(kulit kayu manis)..

ish, bunyi macam tipu..

ya kawan-kawan,, anda tertipu..

cinnamon rolls adalah sejenis roti yang berperisa kulit kayu manis, berbentuk bulat, menarik serta sedap ..

aku nak buat cinnamon rolls sejak sebelum SPM lagi dan akhirnya cita-cita yang murni lagi berlemak tinggi ini tercapai semalam..

nak bukti??


ini dia.



well, tak boleh nak tunjuk resepi sebab ambil kat internet.. try it..

Friday, December 16, 2011

Foster the People

Baru-baru ini, aku telah jatuh hati pada sebuah band yang aku tak tahupun kewujudannya..

FOSTER THE PEOPLE

Sebuah band indie yang berasal dari Los Angeles, California. ditubuhkan pada tahun 2009..

Aku dapat tahu band ini ketika menerokai youtube tanpa sebarang tujuan. Lagunya yang bertajuk Pumped Up Kick sangat menarik hati dan nurani. Liriknya sangat menarik kerana ia menceritakan seorang budak kecil bernama Robert yang tidak mendapat perhatian dari keluarga dan menjadi gila lalu mengambil senapang bapanya dan menembak kawan-kawan di sekolah. Tapi, kalau ceritanya begitu, kenapa muziknya berbunyi gembira???

Entahlah..

Walaupun liriknya sedikit pelik, muziknya sangat sedap didengar.. try it..

Pumped Up Kicks


Robert's got a quick hand.
He'll look around the room, he won't tell you his plan.
He's got a rolled cigarette, hanging out his mouth he's a cowboy kid.
Yeah he found a six shooter gun.
In his dads closet hidden in a box of fun things, and I don't even know what.
But he's coming for you, yeah he's coming for you.

[Chorus x2:]
All the other kids with the pumped up kicks you'd better run, better run, outrun my gun.
All the other kids with the pumped up kicks you'd better run, better run, faster than my bullet.

Daddy works a long day.
He be coming home late, yeah he's coming home late.
And he's bringing me a surprise.
'Cause dinner's in the kitchen and it's packed in ice.
I've waited for a long time.
Yeah the slight of my hand is now a quick pull trigger,
I reason with my cigarette,
And say your hair's on fire, you must have lost your wits, yeah.

[Chorus x2:]
All the other kids with the pumped up kicks you'd better run, better run, outrun my gun.
All the other kids with the pumped up kicks you'd better run, better run, faster than my bullet.

[Whistling]

[Chorus x3:]
All the other kids with the pumped up kicks you'd better run, better run, outrun my gun.
All the other kids with the pumped up kicks you'd better run, better run, faster than my bullet.

Friday, December 2, 2011

..Selamat tinggal SPM..

SURPRISE!!

hahaha! not really surprise.. Guess what! Aku baru sahaja habis SPM!! yahoo!!

Okay, walau betapa gembiranya aku kerana telah tamat minggu-minggu stress itu, aku tetap akan kekal waras dalam segi akal fikiran.

So, apakah aim aku bagi memenuhkan masa cuti yang panjang dan membosankan ini? Mari kita listkan dalam point ya..
~Habiskan membaca novel-novel yang aku tangguh sehingga aku tak tahu boleh habis baca ke tak..
~mempelajari seni memasak supaya tidak mengalami masalah ketika berada di universiti nanti..
~bersenam bagi mengurangkan berat badan yang naik mendadak ketika menghadapi peperiksaan SPM.
~membuat projek musik dengan kawan-kawan..
~mencari kelas-kelas bahasa dan alatan musik..

Ini sahaja yang dapat aku listkan. Harap semua belajar dengan lancar. Harap juga dapat blogging dengan lebih kerap sebab blog ini akan tamat hayatnya jika tidak diisi selalu. :D

Tuesday, October 18, 2011

..Nak SPM..

Baiklah saya mengaku saya salah!
ok! i know! don't rub it on my face!
come on, its not a crime!
Yang kau sibuk sangat ni kenapa? ingat aku suka?

Kenapa denganv aku? kenapa aku menulis ayat-ayat yang meragukan di atas itu? well, bukan nak buat suspen cuma nak mengingatkan bahawa diri ini sudah lama tidak menyentuh blog yang bernama gadis ungu ini.

Bukan malas!
bukan menyampah!
bukan curi buah dekat kedai depan rumah!
bukan cuci longkang busuk dekat sekolah!

Jangan menuduh yang macam-macam kerana aku mengabaikan blog ini seketika kerana diri ini akan menghadapi salah satu peperiksaan yang amat besal wal ulung lagi unggul untuk manusia dinegara yang bernama Malaysia iaitu SPM..

E'eleh, taklah besar sangat! ingatkan apa tadi,,

Amboi! baik sikit ea. siapa kata tak besar? kalaulah aku masuk hutan time-time macam ni dan terlepas peperiksaan SPM, sah-sah tak dapat masuk universiti. Mungkin boleh ambil tahun depan tapi, buat apa tunggu lama-lama kalau benda itu tinggal sebulan saja..

nak tahu keputusan percubaan aku tak?
tak payah ah.. buat malu je. Tapi, nak cakap jugalah..
5A..Itu saja yang boleh diberitahu. Yang lain dah lupa. yang tak lulus dia subjek. hihihihi

Wednesday, May 11, 2011

..Kertas BI..

Peace be Upon You..

Dengan ini, ingin diumukan dengan jelas lagi nyata bahawa seorang manusia yang bernama Wardah sedang dilanda dilema kertas BI yang amat-amat susah tahap neraka. Apakah salahnya aku ini disuruh buat soalan-soalan begitu? Aku ini hanyalah insan yang lembik lagi lemah seperti tauhu lembek di pasar lambak Benut(sedap nyer). Aku mungkin tidak kisah jika disuruh mengarah didalam kertas tersebut. Tapi, sila jangan limitkan masa kerana alangkah susahnya seseorang seperti saya untuk menghasilkan satu karya BI yang perfect dalam segi grammer, cerita dan fantasi..

Biar saya ceritakan dengan lebih detail..

Kertas 2(Essay)

Question 1 -Write a speech about advantage and disadvantage of the Internet

-aku hentam sampai 1 jam padahal masa yang diperuntukkan untuk soalah ini hanyalah 45 minit.

Question 2(3) -Write a story that will end with 'there is a smile on his face'..

-oleh kerana sudah tidak cukup masa, aku mengambil soalan nombor 3 yang aku anggap sebagai soalan yang termudah(kot)..
-then, hentam keromo menulis cerita pasal Naruto. Lebih kurang macam ini:
~Naruto bangun tidur and gembira sebab hari tu hari jadi dia.
~Dia pergi sekolah tapi semua orang yang ada kat sekolah memulaukan dia.
~dia sedih and tatkala balik ke rumah, kawan-kawan dan cikgu-cikgu yang ignore dia pagi tadi
surprise dan aku tamatkan dengan 'without realising it, there is a smile on his face'.
~the end(lebih kurang macam tulah)

- lepas itu, aku tak sempat check soalan 1 dan 2, cikgu paksa aku hantar..

Sebaik sahaja kertas BI habis, aku diasak oleh kertas Biologi 3.

Besok nak jawab kertas sejarah. Beta menarik diri dulu..

Assalamualaikum..

Monday, May 9, 2011

..Peperiksaan..

.............

Malu rasanya untuk aku mengarang semula di dalam blog saiz nano yang telah ditinggalkan sekian abad kini. Oleh itu, aku berazam untuk menulis post yang lebih panjang.

Menjelang bulan peperiksaan yang amat disayangi lagi ditunggu-tunggu ini, aku diserang sejenis disease yang dikategorikan sebagai salah satu penyakit yang amat kerap dihidapi oleh manusia di muka bumi ini. Penyakit kronik itu digelar Hypertension..

Sebagai seorang yang berfikiran kreatif, inovatif serta logik, aku mengambil alternatif yang mudah bagi menyelesaikan masalah tersebut. Bagaimana?

OF COURSE DENGAR MUZIK!!

Itulah jawapan yang akan diberikan pemuda-pemudi zaman sekarang. Nak atau tak nak, itulah jawapan yang sebeno-benonya. Muzik apa yerk?

well, aku tidak tahu apa sudah berlaku dengan diriku yang kerdil ini, tetapi, aku mengulang kaji kembali lagu-lagu kunoku iaitu Paramore!! Tetapi, hatiku retak seribu kembali apabila mendengar khabar bahawa Josh Farro dan adiknya telah meninggalkan band tersebut. Selama ini, kalau bukan Heyley Williams, Josh Farro-lah yang menjadi penarik hatiku kepada Paramore. Tetapi, apakan daya, jejaka tersebut telah melangkah keluar dari Paramore. Walaubagaimanapun, aku yang berjiwa demokrasi ini tidak akan mensia-siakan 2 idola hebat ini dan mendengar lagu-lagu mereka.

Heyley Williams- In the mourning

-nice song. Tapi, nak meleleh airmata darah aku mendengarnya.

Josh Farro- Plane Crash Dream, Worry and ect.

-kebanyakannya muzik aje. Tapi, suara dia paling best time dia nyanyi dengan Heyley Williams untuk lagu Franklin dan Plane Crash Dream.

Ok, ini sahaja yang hamba Allah yang kerdil ini dalam kongsi. Hamba Allah ini baru sahaja selesai peperiksaan hari pertama. Kertas bahasa melayu. Nak kata susuh, taklah susah sangat. Nak kata senang, sangat jauh dari senang.

well, wish me luck..