Wednesday, May 11, 2011

..Kertas BI..

Peace be Upon You..

Dengan ini, ingin diumukan dengan jelas lagi nyata bahawa seorang manusia yang bernama Wardah sedang dilanda dilema kertas BI yang amat-amat susah tahap neraka. Apakah salahnya aku ini disuruh buat soalan-soalan begitu? Aku ini hanyalah insan yang lembik lagi lemah seperti tauhu lembek di pasar lambak Benut(sedap nyer). Aku mungkin tidak kisah jika disuruh mengarah didalam kertas tersebut. Tapi, sila jangan limitkan masa kerana alangkah susahnya seseorang seperti saya untuk menghasilkan satu karya BI yang perfect dalam segi grammer, cerita dan fantasi..

Biar saya ceritakan dengan lebih detail..

Kertas 2(Essay)

Question 1 -Write a speech about advantage and disadvantage of the Internet

-aku hentam sampai 1 jam padahal masa yang diperuntukkan untuk soalah ini hanyalah 45 minit.

Question 2(3) -Write a story that will end with 'there is a smile on his face'..

-oleh kerana sudah tidak cukup masa, aku mengambil soalan nombor 3 yang aku anggap sebagai soalan yang termudah(kot)..
-then, hentam keromo menulis cerita pasal Naruto. Lebih kurang macam ini:
~Naruto bangun tidur and gembira sebab hari tu hari jadi dia.
~Dia pergi sekolah tapi semua orang yang ada kat sekolah memulaukan dia.
~dia sedih and tatkala balik ke rumah, kawan-kawan dan cikgu-cikgu yang ignore dia pagi tadi
surprise dan aku tamatkan dengan 'without realising it, there is a smile on his face'.
~the end(lebih kurang macam tulah)

- lepas itu, aku tak sempat check soalan 1 dan 2, cikgu paksa aku hantar..

Sebaik sahaja kertas BI habis, aku diasak oleh kertas Biologi 3.

Besok nak jawab kertas sejarah. Beta menarik diri dulu..

Assalamualaikum..

Monday, May 9, 2011

..Peperiksaan..

.............

Malu rasanya untuk aku mengarang semula di dalam blog saiz nano yang telah ditinggalkan sekian abad kini. Oleh itu, aku berazam untuk menulis post yang lebih panjang.

Menjelang bulan peperiksaan yang amat disayangi lagi ditunggu-tunggu ini, aku diserang sejenis disease yang dikategorikan sebagai salah satu penyakit yang amat kerap dihidapi oleh manusia di muka bumi ini. Penyakit kronik itu digelar Hypertension..

Sebagai seorang yang berfikiran kreatif, inovatif serta logik, aku mengambil alternatif yang mudah bagi menyelesaikan masalah tersebut. Bagaimana?

OF COURSE DENGAR MUZIK!!

Itulah jawapan yang akan diberikan pemuda-pemudi zaman sekarang. Nak atau tak nak, itulah jawapan yang sebeno-benonya. Muzik apa yerk?

well, aku tidak tahu apa sudah berlaku dengan diriku yang kerdil ini, tetapi, aku mengulang kaji kembali lagu-lagu kunoku iaitu Paramore!! Tetapi, hatiku retak seribu kembali apabila mendengar khabar bahawa Josh Farro dan adiknya telah meninggalkan band tersebut. Selama ini, kalau bukan Heyley Williams, Josh Farro-lah yang menjadi penarik hatiku kepada Paramore. Tetapi, apakan daya, jejaka tersebut telah melangkah keluar dari Paramore. Walaubagaimanapun, aku yang berjiwa demokrasi ini tidak akan mensia-siakan 2 idola hebat ini dan mendengar lagu-lagu mereka.

Heyley Williams- In the mourning

-nice song. Tapi, nak meleleh airmata darah aku mendengarnya.

Josh Farro- Plane Crash Dream, Worry and ect.

-kebanyakannya muzik aje. Tapi, suara dia paling best time dia nyanyi dengan Heyley Williams untuk lagu Franklin dan Plane Crash Dream.

Ok, ini sahaja yang hamba Allah yang kerdil ini dalam kongsi. Hamba Allah ini baru sahaja selesai peperiksaan hari pertama. Kertas bahasa melayu. Nak kata susuh, taklah susah sangat. Nak kata senang, sangat jauh dari senang.

well, wish me luck..

Thursday, December 16, 2010

..Idola Baru Milik Aku..

Assalamualaikum..

siapa tidak kenal Taylor Lautner angkat tangan???

semua orang? mana boleh!

hihihi, itulah yang berlaku di kampung halamanku yang amat aman bin tenteram ini. Siapalah kenal Taylor Lautner. Apa kata satu soalan lagi..

siapa kenal Jacob Black??

oh! boleh tahan! separuh angkat tangan.

Taylor lautner merupakan pelakon yang melakonkan watak Jacob black dan sekarang saya mengalami dalam bahasa inggerisnya "Taylor Lautner Fever".
Aku sangat mengkagumi lelaki ini kerana beliau bukan sahaja seorang pelakon yang A++++, dia juga salah seorang pengamal seni mempertahankan diri karate. Dia dapat tali pinggang hitam masa umur 11 tahun. Unbelievable right? Lepas tu, dia champion poomse karate untuk kategori dia. super cool!!

..Greetings for Cuti..

Assalamualaikum,,

apa yang akan dirasai oleh saya jika tiada makanan?

tidak mengapa. Puasakan bagus.

apa yang akan dirasai oleh saya jika tiada komik untuk dibaca?

it's okay. There are plenty of books to read.

apa yang akan dirasai oleh saya jika tiada internet?

oh my God!! how can i survive..

ya betul,, itulah apa yang saya rasa tatkala menaip pos ini di dalam komputer. Well,, apa yang saya buat sekarang?

menghabiskan masa dirumah dengan kerja-kerja rumah seperti memasak, basuh baju, menyapu sampah dan sebagainya. saya juga mengambil sebahagian masa untuk mengulangkaji pelajaran and bla bla bla..

diluar rumah pula, saya menghadiri kelas addmath dan satu perkara yang amat saya look forward untuk pandai.. apa?

vroooooommm tada!!! menunggang motosikal. terima kasih kepada guru Aima kerana sudi memberi peluang kepada saya untuk belajar. so extremely appreciate.

well, apa korang buat cuti ni??

Thursday, July 22, 2010

..Explorace sempena bulan membaca..

Assalamualaikum,

Aku baru sahaja tamat menjalankan aktiviti Explorace sempena bulan membaca. Program itu dibuat untuk 2 hari iaitu 21 dan 22 haribulan Julai 2010. Memang sukar untuk melakukannya dan aku fully incharge mengenai explorace ini. But, its ok kerana apa yang salah itu adalah tentuan Allah.

Pada hari pertama explorace dijalankan, terdapat percanggahan pendapat di antara akitvis-aktivis mengenai masa. Salah seorang aktivis tidak berapa percaya dengan kemampuan aktivis lain dalam memberi markah. Oleh kerana itu, otak aku kusut-masai seperti bulu kucing rumah aku. Tambahan pula terdapat seorang peserta yang emosional ketika permainan. Aku tak tahu nak buat apa. Aku sebenarnya marah dekat aktivis kerana mereka tidak bersatu-padu dan mendengar arahan ketua.

Keesokan harinya, kita meneruskan explorace fasa kedua dan berakhir dengan kegembiraan. Tetapi kemarahan tetap tidak dapat dielakkan kerana penjaga perpustakaan tiba-tiba naik darah pada kativis dan mereka bertengkar. Aku tidak boleh berbuat apa-apa kerana aku pergi meronda pada masa itu.

Anyway, Alhamdulillah habis..

KIsah perpustakaan habis dan aku akhirnya boleh concentrate dekat taekwondo. Kena pergi Kuala Kumpur minggu depan. Wish me luck..

Assalamualaikum..

Tuesday, June 22, 2010

..Mavi Marmara..

Assalamualaikum,,

Beberapa hari yang lepas, aku pergi ke rumah pak cik aku di Kuala Lumpur untuk melawat nenak yang jatuh sakit. Pak cik ketika itu tiada di rumah dan hanya ada nenek, pembantu rumah dan abang sepupuku iaitu abang Mahfuz.

Tatkala aku sedang berbual ilmu bersama ayah aku, abang Mahfuz menukar siaran televisyen ke Astro Awani. Terdapat berita mengenai Mavi Marmara iaitu Turki yang menjalankan misi kemanusiaan Ghaza. Kapal tersebut dinaiki oleh 12 orang Malaysia dan berpuluh-puluh orang dari negara lain membawa perbagai barangan yang akan disumbangkan kepada penduduk Ghaza. Terdapat juga beberapa kelompok agama lain terdapat di atas kapal tersebut.

Apabila kapal tersebut hampir tiba ke Ghaza, beberapa kapal Israel menyekat kapal tersebut. Bagi aku yang kali pertama melihat serangan itu tidak terperanjat kerana memang perkara itu akan berlaku kerana mustahil Israel akan memberi makanan kepada mangsanya. Tetapi, aku mela merasa ngeri tatkala salah seorang lelaki di atas kapal tersebut melaungkan 'Allahuakbar!!', menggegarkan telinga. Aku terpana.

Peluru dilepaskan dan pada masa itu, aku mula mengetahui, tiada hati di dalam badan askar Israel. Dia akan menembak sesiapa sahaja jika ia berkaitan dengan Islam. Betapa sucinya mulut seseorang(semoga Allah merahmatinya) itu mengungkap nama Allah, ditembaknya begitu sahaja??

beberapa orang juga turut ditembak dan Alhamdulillah orang Malaysia tidak ditembak.. Darah berlumuran dimana-mana sahaja. Kenapa mereka menembak orang awam seperti mereka. Opps!! mungkin itu tidak perlu dijawab lagi kerana mereka sanggup menembak dan membunuh penduduk palestine yang 100000% orang awam..

Akhirnya, satu kapal menjadi tahanan dan dibawa ke pelabuhan. Wartawan Awani disoal siasat. Soalan yang agak melucukan..

"Kenapa awak datang ke Israel??"

Aku terketawa sebentar. Israel?? lawak sungguh gurauannya. Wartawan tersebut menjawab tegas..

"Saya hendak ke Ghaza.."

Orang tersebut mengulang-ulang kembali soalan yang melucukan itu. Akhirnya wartawan tersebut menegaskan..

"Saya adalah seorang wartawan dan saya boleh membuat liputan dimana-mana sahaja yang saya hendak!!"

Akhirnya dia terlepas. Selepas itu,, Kedutaan Jordan akhirnya menyelamatkan Orang Malaysia dan Indonesia dan mereka terselamat..

Pagi ini, aku menceritakan berita tersebut dan apa yang aku dengar adalah komen yang mengatakan wartawan yang membuat liputan tersebut tampan. Aku hanya berdiam diri. Apa yang aku ingin ceritakan adalah tentang bagaimana kehidupan yang dijalankan oleh mereka disana. Dilayan bagaikan binatang oleh Israel.. Binatangpun aku percaya tidak patut dilayan begitu!!

Tidak pernahkan kawan-kawanku itu memikirkan keselamatan mereka yang tidak terselamat?? yang tidak dipanggil oleh kedutaan Jordan?? Siapakah yang akan menyeamatkan mereka??

Aku baru mengungkit tentang keselamatan orang yang baru sahaja dianiayai beberapa hari. Tidak lagi seluruh penduduk Palestine yang sudah menerima seksaan tersebut beberapa tahun..

Aku tertanya-tanya tatkala melihat orang membeli belah di mall atau tempat-tempat kecil seperti kedai-kadai runcit.

"Jika aku pergi ke Palestine, tidak akan aku nampak permandang seperti ini. Sedang kita tidur, mereka mungkin sedang meratapi kehilangan ahli keluarga, tempat tinggal atau kelaparan. Mungkin sekali sedang ditembak serta diseksa.."

Alangkah bersyukurnya aku kerana tinggal di tempat seperti Malaysia. Tetapi, alangkah sedihnya hatiku pabila memikirkan betapa merenanya saudaraku di sana..

Sesungguhnya,, Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui..
Apa yang diaturkan oleh Allah adalah yang terbaik..
Setiap yang sengsara akan mendapat kebahagiaan akhirnya..

Assalamualaikum..

Friday, June 11, 2010

..Lagu Kunoku..

Assalamualaikum,

pada malam yang sunyi lagi melegakan ini, hati aku berasa sungguh tenang. Lagu instrumental Gundam Seed yang bertajuk Anna ni issho datta no ni menjadi teman yang sangat memahami.

Sebenarnya, aku sedang mencari kembali memori lagu kuno yang dahulu aku tinggalkan. Aku rindukan lagu-lagu tersebut terutamanya lagu Naruto. Sekarang tengah belek lagu Gundam. Sebelum ni, aku dengar lagu The Law of Ueki dan Witch Hunter Robin. memang menggamit memori..

Paling segar diingatan adalah lagu Mon Colle Knight. Aku tengok cerita itu sebelum gundam kerana cerita itu keluar dulu kat TV. Time tu, kakak dan abang aku join venture sekali. Kitorang memang ikut setiap episode cerita itu..hahahaha

Nanti aku buat list lagu-lagu anime kuno aku.. :)