Wednesday, May 11, 2011

..Kertas BI..

Peace be Upon You..

Dengan ini, ingin diumukan dengan jelas lagi nyata bahawa seorang manusia yang bernama Wardah sedang dilanda dilema kertas BI yang amat-amat susah tahap neraka. Apakah salahnya aku ini disuruh buat soalan-soalan begitu? Aku ini hanyalah insan yang lembik lagi lemah seperti tauhu lembek di pasar lambak Benut(sedap nyer). Aku mungkin tidak kisah jika disuruh mengarah didalam kertas tersebut. Tapi, sila jangan limitkan masa kerana alangkah susahnya seseorang seperti saya untuk menghasilkan satu karya BI yang perfect dalam segi grammer, cerita dan fantasi..

Biar saya ceritakan dengan lebih detail..

Kertas 2(Essay)

Question 1 -Write a speech about advantage and disadvantage of the Internet

-aku hentam sampai 1 jam padahal masa yang diperuntukkan untuk soalah ini hanyalah 45 minit.

Question 2(3) -Write a story that will end with 'there is a smile on his face'..

-oleh kerana sudah tidak cukup masa, aku mengambil soalan nombor 3 yang aku anggap sebagai soalan yang termudah(kot)..
-then, hentam keromo menulis cerita pasal Naruto. Lebih kurang macam ini:
~Naruto bangun tidur and gembira sebab hari tu hari jadi dia.
~Dia pergi sekolah tapi semua orang yang ada kat sekolah memulaukan dia.
~dia sedih and tatkala balik ke rumah, kawan-kawan dan cikgu-cikgu yang ignore dia pagi tadi
surprise dan aku tamatkan dengan 'without realising it, there is a smile on his face'.
~the end(lebih kurang macam tulah)

- lepas itu, aku tak sempat check soalan 1 dan 2, cikgu paksa aku hantar..

Sebaik sahaja kertas BI habis, aku diasak oleh kertas Biologi 3.

Besok nak jawab kertas sejarah. Beta menarik diri dulu..

Assalamualaikum..

Monday, May 9, 2011

..Peperiksaan..

.............

Malu rasanya untuk aku mengarang semula di dalam blog saiz nano yang telah ditinggalkan sekian abad kini. Oleh itu, aku berazam untuk menulis post yang lebih panjang.

Menjelang bulan peperiksaan yang amat disayangi lagi ditunggu-tunggu ini, aku diserang sejenis disease yang dikategorikan sebagai salah satu penyakit yang amat kerap dihidapi oleh manusia di muka bumi ini. Penyakit kronik itu digelar Hypertension..

Sebagai seorang yang berfikiran kreatif, inovatif serta logik, aku mengambil alternatif yang mudah bagi menyelesaikan masalah tersebut. Bagaimana?

OF COURSE DENGAR MUZIK!!

Itulah jawapan yang akan diberikan pemuda-pemudi zaman sekarang. Nak atau tak nak, itulah jawapan yang sebeno-benonya. Muzik apa yerk?

well, aku tidak tahu apa sudah berlaku dengan diriku yang kerdil ini, tetapi, aku mengulang kaji kembali lagu-lagu kunoku iaitu Paramore!! Tetapi, hatiku retak seribu kembali apabila mendengar khabar bahawa Josh Farro dan adiknya telah meninggalkan band tersebut. Selama ini, kalau bukan Heyley Williams, Josh Farro-lah yang menjadi penarik hatiku kepada Paramore. Tetapi, apakan daya, jejaka tersebut telah melangkah keluar dari Paramore. Walaubagaimanapun, aku yang berjiwa demokrasi ini tidak akan mensia-siakan 2 idola hebat ini dan mendengar lagu-lagu mereka.

Heyley Williams- In the mourning

-nice song. Tapi, nak meleleh airmata darah aku mendengarnya.

Josh Farro- Plane Crash Dream, Worry and ect.

-kebanyakannya muzik aje. Tapi, suara dia paling best time dia nyanyi dengan Heyley Williams untuk lagu Franklin dan Plane Crash Dream.

Ok, ini sahaja yang hamba Allah yang kerdil ini dalam kongsi. Hamba Allah ini baru sahaja selesai peperiksaan hari pertama. Kertas bahasa melayu. Nak kata susuh, taklah susah sangat. Nak kata senang, sangat jauh dari senang.

well, wish me luck..