.............
Malu rasanya untuk aku mengarang semula di dalam blog saiz nano yang telah ditinggalkan sekian abad kini. Oleh itu, aku berazam untuk menulis post yang lebih panjang.
Menjelang bulan peperiksaan yang amat disayangi lagi ditunggu-tunggu ini, aku diserang sejenis disease yang dikategorikan sebagai salah satu penyakit yang amat kerap dihidapi oleh manusia di muka bumi ini. Penyakit kronik itu digelar Hypertension..
Sebagai seorang yang berfikiran kreatif, inovatif serta logik, aku mengambil alternatif yang mudah bagi menyelesaikan masalah tersebut. Bagaimana?
OF COURSE DENGAR MUZIK!!
Itulah jawapan yang akan diberikan pemuda-pemudi zaman sekarang. Nak atau tak nak, itulah jawapan yang sebeno-benonya. Muzik apa yerk?
well, aku tidak tahu apa sudah berlaku dengan diriku yang kerdil ini, tetapi, aku mengulang kaji kembali lagu-lagu kunoku iaitu Paramore!! Tetapi, hatiku retak seribu kembali apabila mendengar khabar bahawa Josh Farro dan adiknya telah meninggalkan band tersebut. Selama ini, kalau bukan Heyley Williams, Josh Farro-lah yang menjadi penarik hatiku kepada Paramore. Tetapi, apakan daya, jejaka tersebut telah melangkah keluar dari Paramore. Walaubagaimanapun, aku yang berjiwa demokrasi ini tidak akan mensia-siakan 2 idola hebat ini dan mendengar lagu-lagu mereka.
Heyley Williams- In the mourning
-nice song. Tapi, nak meleleh airmata darah aku mendengarnya.
Josh Farro- Plane Crash Dream, Worry and ect.
-kebanyakannya muzik aje. Tapi, suara dia paling best time dia nyanyi dengan Heyley Williams untuk lagu Franklin dan Plane Crash Dream.
Ok, ini sahaja yang hamba Allah yang kerdil ini dalam kongsi. Hamba Allah ini baru sahaja selesai peperiksaan hari pertama. Kertas bahasa melayu. Nak kata susuh, taklah susah sangat. Nak kata senang, sangat jauh dari senang.
well, wish me luck..
No comments:
Post a Comment