Thursday, July 22, 2010

..Explorace sempena bulan membaca..

Assalamualaikum,

Aku baru sahaja tamat menjalankan aktiviti Explorace sempena bulan membaca. Program itu dibuat untuk 2 hari iaitu 21 dan 22 haribulan Julai 2010. Memang sukar untuk melakukannya dan aku fully incharge mengenai explorace ini. But, its ok kerana apa yang salah itu adalah tentuan Allah.

Pada hari pertama explorace dijalankan, terdapat percanggahan pendapat di antara akitvis-aktivis mengenai masa. Salah seorang aktivis tidak berapa percaya dengan kemampuan aktivis lain dalam memberi markah. Oleh kerana itu, otak aku kusut-masai seperti bulu kucing rumah aku. Tambahan pula terdapat seorang peserta yang emosional ketika permainan. Aku tak tahu nak buat apa. Aku sebenarnya marah dekat aktivis kerana mereka tidak bersatu-padu dan mendengar arahan ketua.

Keesokan harinya, kita meneruskan explorace fasa kedua dan berakhir dengan kegembiraan. Tetapi kemarahan tetap tidak dapat dielakkan kerana penjaga perpustakaan tiba-tiba naik darah pada kativis dan mereka bertengkar. Aku tidak boleh berbuat apa-apa kerana aku pergi meronda pada masa itu.

Anyway, Alhamdulillah habis..

KIsah perpustakaan habis dan aku akhirnya boleh concentrate dekat taekwondo. Kena pergi Kuala Kumpur minggu depan. Wish me luck..

Assalamualaikum..

1 comment:

  1. "KIsah perpustakaan habis dan aku akhirnya boleh concentrate dekat taekwondo. Kena pergi Kuala Kumpur minggu depan. Wish me luck.."

    Kuala Kumpur kat mana?

    ReplyDelete