Sunday, May 30, 2010

..Air Mata Ayahku..

Assalamualaikum,

Orang melayu penuh dengan tradisi tidak kira dalam segi makanan atau pakaian. Kenduri juga merupakan salah satu tradisi orang melayu.

Beberapa jam yang lepas, aku pergi ke kenduri bersama ibu bapa aku ke rumah salah seorang kawan diorang. Masa kitorang sampai, pengantin lelaki tengah diiring budak kompang masuk pagar. Aku dengan parent pun terpaksalah tunggu di luar. Beberapa minit kemudian baru masuk. Budak-budak kompang tu berkompang dengan penuh bersemangat sambil bernyanyi, lemah semangat aku. Silap pulak! mereka tidak nyanyi, tapi menjerit. Terasa macam nak muntah, aku tahan juga.

Selepas ambil makanan, kitorang mengambil tempat dimeja berdekatan budak kompang dan makan. Budak-budak tu pula tukar lagu jadi lagu I'tiraf nyanyian Raihan. Aku tetiba sedar, mengapa budak-budak tu boleh nyanyi lagu sebegitu dengan penuh bersemangat dan keceriaan? Tidakkah mereka menghayati apa yang mereka nyanyikan itu?

Sedang aku berfikir, aku terjaga dengan bunyi tangisan ayah aku sendiri. Sungguh syahdu. Aku rasa langsung tidak berselera untuk makan. Kenduri tu lebih kepada kenduri meminta Hidayah Allah daripada kenduri perkahwinan.




Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu

Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar

(arabic verse)
Ila hilis tu lilfirdausi ahla
Wala aqwa alnnaril jahim
Fahabblitau batau wafir zunubi
Fainnakarob firul zanbi azim

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat Mu ampunkan daku Oh Tuhan ku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan

Kami takut kami harap kepada Mu
Suburkanlah cinta kami kepada Mu

Akulah hamba yang mengharap belas dari Mu

No comments:

Post a Comment