Saturday, May 29, 2010

..Rome dan Kita..

Bak kata George Santayana,
Sesiapa yang melupai masa lepas, dia akan mengulanginya.
Petikan diatas diambil dari dalam bukunya bertajuk The Life of Resaon.

Tidak perlulah aku ungkapkan ayat ini kerana semua pelajar di Malaysia mesti mengetahui apa yang akan aku katakan sebentar lagi.
SEJARAH!!
kepada pelajar yang kadang-kala lembap dan tidak tahu apa yang aku maksudkan ini, petikan diatas terdapat di setiap helaian muka surat buku teks sejarah tingkatan 1.

Aku dikenali sebagai pelajar yang meminati subjek sejarah sejak tingkatan 1. Aku tidak tahu kenapa. Yang aku tahu mengetahui kisah hidup orang dulu-dulu memang best. Terutamanya time tingkatan empat ini. Kita belajar tentang tamadun. Aku suka mengkaji tentang tamadun Hwang Ho, Mesopotamia, Rome, Yunani, dan Turki Uthmaniah.

Menunjukkan betapa susah untuk mencapai sesebuah
Civilization..

Tetapi, betapa taksubnya aku dengan tamadun, tetap ada tamandun yang aku tidak suka.
Tamadun tersebut adalah Rome. Kenapa? beginilah ceritanya..

2 hari yang lepas, aku ada menonton kisah tentang banduan dan pada Tamandun Rome di History Channel. Tidak dapat dinafikan lagi betapa kejam dan tidak berundang-undangnya tamadun tersebut. Masyarakat sungguh jahil!

Colosseum merupakan sebuah tempat di tamadun Rome yang seni binanya seperti sebuah stadium. Tetapi, apa yang dipertandingkan di situ bukanlah pertandingan bola(tak tidurlah aku beberapa hari yang akan datang ni.), badminton(Wong Chun Han kalah!! Sob Sob T_T) ataupun silap mata. Ia adalah banduan yang disuruh berlawan hingga mati. Mereka bagaikan patung yang tidak berguna di hadapan masyarakat. Apabila mereka hampir mati, tangan dihulurkan meminta tolong. Tiada seorangpun sanggup masuk ke dalam arena tersebut menahannya dari dibunuh malah mereka menjerit-jerit supaya dia mati. Kepada banduan tersebut, tiada kata-kata yang dapat diungkapkan kerana tiada siapa yang sudi membazirkan air mata kepadanya. Menunjukkan petapa tidak berperikemanusiaannya manusia ini..

Kita ambil kisah banduan Tamadun Rome ini sebagai pengajaran. Adakah kita bolah katakan lebih bagus dan lebih mulia dari mereka? Adakah membunuh orang lebih bagus dari membunuh anak yang baru dilahirkan dan ditanam hidup-hidup? Adakah kehidupan mereka yang menjadikan manusia seperti binatang lebih baik dari kita yang melakukan maksiat dan tidak dijatuhkan hukuman?

Bergantung pada manusia yang diberikan akal oleh Allah...
Mereka pandai berfikir atau tidak??

No comments:

Post a Comment