Saturday, May 29, 2010

..Keboringan yang memelikkan..

Dengan gembiranya aku akan merungkai segala persoalan yang sekarang ini sedang membelenggu otak serta urat-saraf yang melilitinya..

AKU BORING!!

percayalah wahai pembaca-pembaca sekalian bahawa penulis blog ini berasa sangat boring kerana tidak berasa perlu untuk membaca buku walaupun hari perperiksaan besok bakal tiba.

Perkataan 'Boring' sering diungkapkan oleh pelbagai jenis orang tidak kira agama atau bangsa. Dalam bahasa melayu, ia disebut sebagai 'bosan'. Tetapi, penulis blog ini lebih rela mentranslatekan dia sebagai kebosanan yang terlampau atau orang putih cakap critical. Boring tahap melampau ini boleh menyebabkan beberapa perkara yang kurang menyenangkan dan kadang-kala menyusahkan. Seseorang yang tiada kerja untuk dibuat selalu dijangkiti perasaan tersebut. Dia akan berasa sangat teringin untuk berbuat sesuatu tetapi mendapati adalah sukar untuk membuatnya atau tiada apa-apa yang boleh dibuatnya. Sesiapa yang terkena perasaan tersebut digalakkan untuk memilih hobi supaya tidak menjadi gila dan akhirnya dibawa ke hospital sakit mental.

Penulis blog ini bukan tidak mempunyai kerja, dia sebenarnya malas hingga berasa sangat boring. Tolonglah doakan penulis supaya dia rajin belajar dan mendapat keputusan perperiksaan yang superb besok..

AMINNN....

No comments:

Post a Comment