Assalamualaikum,
Aku baru sahaja melepasi halangan Kimia yng agak mencabar seluruh pelusuk jiwa dan ragaku. Aku bukan sengaja tidak belajar tetapi, pada hakikatnya AKU TAK SUKA kimia. Sekarang, mulalah aku meragui ketidaklulusan aku terhadap subjek tersebut.
Pertama sekali aku ingin dan mesti meminta maaf kepada cikgu Fa'asila kerana bersusah payah mengajar aku yang bebal ini. Aku bukan sahaja bebal, juga bengong dan bodoh. Aku bukan suka memburuk-burukkan diri aku, tetapi, aku terima keburukan aku yang berjuta-juta ini dan akan berusaha bersungguh-sungguh pada kemudian hari. Aku juga ingin memohon supaya cikgu batalkan niat untuk pindah kerana saya yang bebal, bodoh lagi bengong ini memerlukan bimbingan serta tunjuk ajar cikgu yang satu..
Keduanya, aku betul-betul meminta maaf kepada ibu bapa aku yang bertungkus lumus medapatkan duit bagi menyekolahkan aku yang bebal, bodoh lagi bengong ini. Aku juga dengan tidak sengajanya telah menghapuskan beberapa ringgit untuk membeli sebuah buku kimia dwibahasa yang sepatutnya tidak perlu dibeli. Aku menegaskan disini dengan penuh ketegasannya, AKU MINTA MAAF!!
No comments:
Post a Comment