Monday, May 31, 2010

..Almost Alice vs Malas untuk Baca Buku..

Assalamualaikum,

Entah demam apa yang telah merasuk aku sehinggalah aku dengan senang hati blogging tanpa memikirkan kertas biologi yang akan aku hadapi besok. Actually, aku termimpi-mimpikan menonton cerita Almost Alice sejak 3 hari yang lepas. Malang sekali, peperiksaan menjadi halangan. Walaupun lama lagi, aku telah meletakkan beberapa matlamat untuk cuti selepas peperiksaan.

1) siapkan cerpen

2)download cerita Almost Alice

3)siapkan semua kerja sekolah

Aku memang merupakan seorang pelajar bijak yang pemalas. Aku tidak tahu dari mana warisnya penyakit kritikal ini. Setahu aku, ibu bapa aku seorang yang rajin. Mungkin

rajin+rajin=malas

kot. ini merupakan kesimpulan yang bijak! seperti dalam penyelesaian matematik topik algebra.

(+)(+)=(+)
(-)(-)=(+)
(+)(-)=(-)
(-)(+)=(-)

so, kesimpulannya,

(rajin)(rajin)=malas
(malas)(malas)=malas
(rajin)(malas)=rajin
(malas)(rajin)=rajin

jadi, memang bukan salah aku kerana ada penyakit mim alif lam sin ini. Ish,ish, aku memang genius. Kesimpulannya, tidak mengapa untuk aku malas kerana mak dan ayah aku pandai.

p/s: kepada pembaca-pembaca yang adil lagi bijaksana, sila jangan tertipu dengan formula penulis yang mengarut kerana memang mood dia adalah mood mengarut sekarang ini. kerjasama amatlah dihargai. :)

No comments:

Post a Comment