Assalamualaikum,
Time untuk serius!!
aku kebingungan. Apa maklamat hidup aku? Aku ingin menjadi seorang penulis yang berjaya..
matlamat telah diletak. Seorang penulis perlulah berjaya dalam bidang penulisan dan lulus bahasa melayu dan sejarah..
aku tertanya-tanya sejak awal tahun ini. Apa yang aku menyibuk di kelas Sains? Hmm, sungguh mencurigakan. Aku telah dipaksa kerana itulah satu-satunya kelas yang boleh memuati aku yang besar ini. Mungkin aku genius tetapi, hakikatnya adalah aku sebenarnya kekurangan bakat dalam segi sains. Sebab itu belajar subjek Kimia dan Fizik tidak pernah masuk ke dalam otak(Biologi terkecuali kerana itu subjek kesukaan aku). Malang tidak berbau, besok aku akan menghadap paper Kimia tanpa berbekalkan ilmu yang cukup. Aku tertanya lagi. Kenapa aku tidak belajar sekarang ini mengetahui aku kekurangan ilmu ?
well, siapa tahu. mim alif lam sin aku besar. nak buat macam mana.
Baiklah, saya akan mengikut isi hati yang menyibuk dari tadi dan dengan rasminya pergi belajar..
Assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment