Perempuan merupakan satu ciptaan Allah yang amat bernafsu. Jangan salah faham. Nafsu bukan sahaja nafsu berkahwin atau nafsu yang geli-geli tu. Boleh jadi Nafsu ingin memberi barang, nafsu untuk menjadi bersih, nafsu membaca Al-Quran dan nafsu untuk sebahyang. Perempuan sangat leceh kerana apabila buat sesuatu, mereka hendak kesempurnaan. Contohnya apabila ingin sembahyang, mereka nak sejadah. Kalau tidak ada, mereka tetap nak walaupun terpaksa pinjam di surau sebelah atau mereka nak beg juicy Couture asli pabila keluar dengan suami. Tapi, apabila diberi yang palsu, mereka mengada-ngada mengatakan ia tidak cantik padahal sama sahaja yang asli atau palsu. Lalaki pula, mereka nak yang simple. Walaupun dipilihkan baju pink, mereka tetap pakai dengan redha kerana mereka bukan tidak bernafsu, tapi lebih kurang nafsunya dari perempuan. Kesimpulannya, perempuan adalah amat melecehkan daripada lelaki.
Nak atau tak nak, aku adalah salah satu daripada perempuan yang leceh tersebut. Nama aku Wardah. Tidak ada nama singkatan lagi bagi nama tersebut. Dulu ada orang panggil nama aku 'badah'. aku marah betul kerana kadang-kala mereka memperli aku dengan menukarkan hujng santence dengan huruk 'k'. Jadilah badak. Walaupun badak adalah makhluk tuhan yang tidak dibelenggu dosa, mereka tetap tidak suci dalam aspek luaran. Memang mereka suka berendam. Tapi, jika berendam di dalam air yang belumpur, macam mana nak bersih? Okey, ada orang suka mengambil nama manja dengan menggandakan huruf dibelakang contohnya nama 'Najwa' apabila digandakan dibelakang jadi 'Wawa'. Tapi, nama aku sah-sah tak boleh. Wardah jadi 'Dahdah' ataupun 'Dadah'. Tidak ke pelik tu. Sekarang, kawan sekelas aku memunculkan satu nama yang pelik kepadaku tanpa mengetahui entah dari mana asal-usulnya. Siti Lengkong. Aku pelik betul kerana aku adalah salah seorang yang tidak suka lengkong di dunia ini. Mengaitkan aku dengan lengkong adalah satu kesalahan yang berat dan sukar untuk dimaafkan. Mungkin disebabkan bentuk fizikal aku yang amat tidak memuaskan seperti raksasa jeli sebab itu jadi siti lengkong T_T. Apa-apapun, just panggil aku Wardah kerana itu nama aku. wardah adalah bahasa arab yang bermaksud bunga mawar yang harum baunya. Aku sangat berbangga dengan ayah aku kerana sudi menamakan aku dengan nama tersebut.
Aku bukanlah seorang yang leceh walaupun suka akan kesempurnaan. Aku suka barang yang cantik tetapi murah. Cantik yang aku maksudkan adalah dalam segi pepejal. Contohnya aku suka sesuatu yang berasaskan besi seperti cincin lelaki. Bukan yang berwarna-warni tapi yang berwarna silver. I love silver..
Selain itu, aku merupakan pelajar yang cemerlang dalam segi cara berfikir. Aku berfikir dengan profasional tetapi tidak berapa terpelajar dalam menuturkan kata. Kalau didaftarkan dalam pertandingan pidato, semestinya kalah dalam seketip mata. Ting.
Aku benci soalan-soalan yang senang dijawab seerti 'aku tengah wat apa?' atau 'kau dah makan ke belum?'. Jikalau anda mesej aku soalan seperti berikut, sah aku tak balas. Aku suka soalan-soalan yang susah seperti soalan matematik dan sains sebab aku berpeluang mendapat markah tercorot. Barulah mencabar. Aku suka dicabar dan menyahut cabaran tetapi, perestasi tetap tidak memuaskan. Entah mengapa. Mungkin sebab aku tidak suka membaca terutamanya surat khabar. Jika ada surat khabar mengenai anime, barulah aku boleh keluar dari kepompong malas.
Walaubagaimanapun, aku adalah seorang yang mementingkan kesempurnaan, simple dan pro minded.
No comments:
Post a Comment